Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom

Surau al-Karamah - Satu majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana telah diadakan pada 26 September yang lalu. Ramai ibubapa turut hadir dalam majlis tersebut khususnya ibubapa calon-calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. 

Turut hadir, YB En. Md Rawi Bin Mahmud, ADUN Tanjung Bidara; Tn. Hj. Johari bin Samad, Pengetua dan Tn. Hj. Zaid Md Saman, Pengerusi PIBG.

Majlis telah bermula jam 6 petang bagi sesi penyerahan laporan keputusan peperiksaan percubaan SMA dan SPM kepada penjaga calon-calon peperiksaan tahun ini. Kemudian majlis diisi dengan slot ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ust. Mohd Rashdan Mohamad (SK Datuk Tambichik Karim). Setelah solat maghrib, majlis diteruskan dengan solat hajat dan seterusnya bacaan Yassin secara beramai-ramai.
-
Dewan al-Karamah - Program Hari Pelaporan PMR telah dijalankan pada 13 September lalu di sini. Ibu bapa telah diminta hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan percubaan PMR anak-anak mereka.

Pada hari tersebut ibu bapa boleh bertanya terus tentang prestasi anak-anak mereka kepada guru kelas dan guru-guru matapelajaran secara terus bagi mengahadapi PMR tidak lama lagi.



Surau al-Karamah - Bacalah Al-Quran kerana ia akan menjadi cahaya (syafaat) di Hari Kiamat. Begitulah antara isi ceramah sempena Nuzul al-Quran pada 26 Julai lalu.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ust. Muhammad Ridhwan Ab. Rahman selepas bacaan Yassin mingguan. PdP dijalankan seperti biasa sebaik sahaja ceramah selesai.
-
iftar, ehya' ramadhan, ramadhan Surau al-Karamah - 23 Julai (bersamaan 14 Ramadhan 1434H), Program Ihya' Ramadhan Sekolah-sekolah Berasrama Negeri Melaka telah diadakan di sini. Program ini melibatkan semua pelajar asrama dan semua warga pendidik MEKAR.

Di peringkat MEKAR, program telah dimulakan dengan tahlil ringkas jam 6 petang. Setelah itu program diisi dengan slot tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ust. Helmi Akhtar Ab Malek daripada SMA Al-Asyraf Pulau Sebang.

Kira-kira jam 7 petang semua hadirin mula bergerak ke dewan ar-Rahmah untuk iftar jama'ie. Pada masa yang sama tetamu jemputan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah (PPDAG), Encik Zaili Yaacob dan Ust. Jamaluddin, tiba untuk iftar bersama-sama.

Selesai berbuka, hadirin berkumpul semula di Surau al-Karamah untuk menunaikan solat Maghrib, Isya' dan seterusnya solat terawih berjemaah. Hadirin menikmati moreh sebelum bersurai pulang.



-
ehya ramadhan, ramadhan, iftar Surau al-Karamah - Timbalan Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Ustaz Wan Ramdzan Wan Mamat, telah menunaikan solat terawih berjemaah di sini pada 19 Julai bersamaan 10 Ramadhan 1434H.

Beliau sebelum itu sempat berbuka puasa di MEKAR bersama-sama warga sekolah dan pelajar asrama. Kehadiran beliau pada malam tersebut adalah untuk melihat sendiri asrama puteri MEKAR setelah selesai bermesyuarat pada petang hari yang sama. Pada kesempatan itu beliau telah menyampaikan secara terus hasrat pihak BPI terhadap pelajar sekolah-sekolah agama/arab khasnya.

ehya ramadhan, ramadhan, iftar
ehya ramadhan, ramadhan, iftar

-
Surau al-Karamah - Majlis Pelancaran Ehya' Ramadhan telah dijalankan di sini pada 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434H. Majlis tersebut telah mengambil tempat perhimpunan rasmi mingguan hari Isnin bagi memberi laluan kepada pelancaran tersebut.

Seawal jam 7.15 pagi pelajar dan warga pendidik MEKAR telah berkumpul di dalam Surau al-Karamah. Selepas bacaan doa, warga MEKAR mendengar ucapan perasmian daripada Pengetua, Tn. Hj. Johari Samad. Selepas itu majlis diteruskan dengan edaran Tabung Ehya' Ramadhan kepada semua yang berada di sini. Kemudian hadirin disajikan dengan alunan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh adik Qurratu' Ain Binti Mohd Kelana, Pelajar Tingkatan 5 Khadijah.

Selesai pelancaran, Ust Muhamad Firdaus Abd Hamid telah menyampaikan ceramah ringkas berkaitan kedatangan Ramadhan dan kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan tersebut. Selesai majlis pelancaran itu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.


-
ceramah, israk mikraj Surau al-Karamah - Sempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, satu ceramah berkaitan hari tersebut telah dijalankan di sini. Ceramah tersebut telah diadakan pada 12 Jun bersamaan 3 Sya'ban 1434H.

Semua murid dan warga pendidik mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Zaidi Hassan, dengan penuh minat. Dalam ceramah itu, beliau mengupas satu demi satu frasa yang terkandung dalam ayat 1 surah al-Israk yang bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin yang kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya, tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami..."

Objektif utama ceramah tersebut adalah supaya pelajar menghayati kepentingan kewajipan ibadah solat yang disampaikan kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W dalam satu malam yang sangat bersejarah bagi seluruh ummat Islam.
-
ceramah, kebakaran Dewan al-Karamah - Ceramah keselamatan kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dijalankan di sini pada 5 Mac. Ceramah tersebut telah dimulakan selepas sesi persekolahan pada hari tersebut. Selepas sesi ceramah tersebut pelajar bergerak ke padang sekolah untuk demonstrasi memadam kebakaran.

Dewan al-Karamah - Penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Alor Gajah telah dijalankan di sini pada 2 Mac lalu. Kejohanan ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Alor Gajah dan telah dikelolakan oleh MEKAR selaku tuan rumah kali ini.

Dalam majlis itu pingat telah disampaikan oleh pengetua MEKAR, Tn. Hj. Johari Samad kepada para pemenang. Adik Qurratu' Ain Binti Mohd Kelana telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pingat emas bagi kategori Perempuan Bawah 18 tahun.



SUMUR, motivasi Dewan al-Karamah - Satu sesi ceramah motivasi anjuran program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah dijalankan pada 25 Februari. Selain pelajar, warga pendidik MEKAR turut mengikuti ceramah yang dijalankan selepas sesi persekolahan itu. Antara aspek yang diketengahkan dalam ceramah motivasi tersebut adalah tentang akhlak remaja Islam.
-

perarakan, berarak, maulidur rasul Tanjung Bidara: Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim telah dijalankan pada 25 Januari lalu bersamaan 13 Rabiulawwal 1434H. Semua guru dan pelajar telah berarak dari kawasan sekolah dan sekitar Kampung Pasir Gembur seawal lapan pagi.

Perarakan tersebut telah diketuai oleh pengetua, Tn. Hj. Johari Samad. Di barisan hadapan adalah guru-guru dan diikuti semua pelajar. Setiap kelas membawa sepanduk yang telah mereka siapkan sendiri.

Perarakan ini adalah sebagai salah satu cara bagi menimbulkan semangat dan jati diri yang kental di kalangan pelajar selain memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ramai penduduk kampung keluar daripada rumah menyaksikan perarakan tersebut seolah-olah memberi sokongan moral secara tidak langsung. Begitu juga pemandu yang memperlahankan kenderaan masing-masing dan membunyikan hon memberi semangat.

Sepanjang perarakan dijalankan, setiap kontijen diberikan markah mengikut beberapa kriteria untuk dinilai sebagai pemenang kategori-kategori tertentu seperti keseragaman, sepanduk terbaik dan pakaian. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang di Kompleks al-Karamah pada minggu berikutnya.

perarakan, berarak, maulidur rasul

perarakan, berarak, maulidur rasul

perarakan, berarak, maulidur rasul

perarakan, berarak, maulidur rasul
-