Surau al-Karamah - Majlis Pelancaran Ehya' Ramadhan telah dijalankan di sini pada 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434H. Majlis tersebut telah mengambil tempat perhimpunan rasmi mingguan hari Isnin bagi memberi laluan kepada pelancaran tersebut.
Seawal jam 7.15 pagi pelajar dan warga pendidik MEKAR telah berkumpul di dalam Surau al-Karamah. Selepas bacaan doa, warga MEKAR mendengar ucapan perasmian daripada Pengetua, Tn. Hj. Johari Samad. Selepas itu majlis diteruskan dengan edaran Tabung Ehya' Ramadhan kepada semua yang berada di sini. Kemudian hadirin disajikan dengan alunan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh adik Qurratu' Ain Binti Mohd Kelana, Pelajar Tingkatan 5 Khadijah.
Selesai pelancaran, Ust Muhamad Firdaus Abd Hamid telah menyampaikan ceramah ringkas berkaitan kedatangan Ramadhan dan kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan tersebut. Selesai majlis pelancaran itu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
Ehya' Ramadhan: Pelancaran Bagi Tahun 1434H

No comments