Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom

7 Okt - Kelmarin telah dijalankan Majlis Persaraan Pengetua, Tn. Haji Johari Samad di Dewan Kuliah Al-Karamah, MEKAR. Majlis ini telah dihadiri seluruh warga MEKAR, YDP PIBG; Tn. Hj. Zaid Md Saman dan AJK-AJK PIBG lain.

Majlis ini merupakan acara awal peringkat dalaman sebelum acara kemuncaknya yang berlangsung pada 6 Oktober (Jumaat).



-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ

[رواه البخاري ومسلم]


Terjemahan:
Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Sakhr radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Apa yang aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelum kalian adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka.

(Bukhari dan Muslim)
- -
Baru-baru ini satu majlis Redha Ilmu bagi calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi sesi persekolahan 2017 telah dijalankan di Dewan Kuliah al-Karamah, MEKAR. Majlis telah dijalankan pada 4 Oktober (Rabu) lalu jam 2.15 petang.

Dalam majlis tersebut, adik Adeeba Raihana Azaruddin dari Tingkatan 3 Mumtazah mewakili calon-calon PT3 2017 dijemput memberikan ucapan. Manakala, En. Mohd Safuan Najib Othman pula telah mewakili guru yang mengajar Tingkatan 3.

Majlis diteruskan dengan kalam taujihat daripada Pengetua, Tn. Haji Johari Samad kepada semua calon PT3. Ini merupakan kalam taujihat terakhir daripada beliau ekoran hari persaraan beliau yang semakin hampir sebelum tiba hari peperiksaan.

Majlis diakhiri dengan sesi calon-calon memohon maaf dan memohon restu setiap guru mereka dan juga penyerahan bantuan alat tulis.



-
Halaqah Ilmu di kalangan guru-guru MEKAR telah dijalankan buat pertama kali pada 27 September (Rabu) lalu. Pertemuan telah berjalan selepas waktu persekolahan. Perkongsian isi tazkirah, pembacaan Ayat al-Quran dan Hadis telah diketuai oleh Us. Nurulamry Jaludin.



-
Majlis Bacaan Yassin serta Solat Hajat Perdana telah dilangsungkan pada 21 September (Khamis) lalu.

Majlis tersebut telah dimulai dengan bacaan doa akhir Tahun Hijrah beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib dan diikuti bacaan doa awal Tahun Hijrah selepas Maghrib. Slot tersebut telah dikendalikan oleh Us. Muhamad Firdaus Abd Hamid dan Pengetua, Tn. Haji Johari Samad.

Bacaan Yassin dan Solat Hajat telah diimamkan oleh tetamu jemputan, Us. Ahmad Faris Sulaiman.

Hadir sama, Yang diPertua (YDP) PIBG sekolah, Tn. Hj. Zaid Md Saman.




- -
Penyerahan Rekod Prestasi Murid Tingkatan 3, 4, dan 5 telah dijalankan pada 21 September bertempat di Dewan al-Karamah, MEKAR. Program telah dimulakan jam 5 petang.

Ibubapa telah bertemu dengan guru kelas bersama guru matapelajaran bagi membincangkan pencapaian prestasi terkini anak-anak agar pencapaian anak-anak dapat diberi perhatian dan dipertingkatkan bagi menghadapi peperiksaan PT3, SMA dan SPM tahun ini.





-

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم  قَالَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكاَةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا  مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَـهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالىَ 
[رواه البخاري ومسلم ]


Terjemahan:
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma sesungguhnya Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka ada pada Allah ta’ala

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- -






Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dewan al-Karamah pada 7 Ogos lalu. Majlis telah dirasmikan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Pn. Marmahah binti Md. Yassin dengan memukul gong sebagai simbolik pelancaran. Majlis kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang.
-

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ. قُلْنَا لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ . 

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemahan:
Dari Abu Ruqoyah Tamim Ad-Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Agama adalah nasihat. Kami berkata: Kepada siapa?  Baginda bersabda: Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


- -

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى  الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ  لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ   مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ  أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ

[رواه البخاري ومسلم] 

Terjemahan:
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat-laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang  Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa itulah dia hati".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- -


Majlis serahan sumbangan kepada anak yatim dan kurang berkemampuan telah diadakan pada 22 Jun lalu bersempena kedatangan Syawal tidak lama lagi. Pada majlis yang sama turut disampaikan saguhati bagi imam dan bilal solat terawih.
-




Program Khatam al-Quran telah dijalankan pada 22 Jun, Khamis lalu.
-




Program #QuranHour dijalankan pada 19 Jun lalu, Isnin. Semua warga sekolah memberikan ruang dan laluan selama satu jam kepada program ini dengan bertadarus al-Quran dalam bilik darjah.
-






14 Jun 2017, Rabu. Program Iftar Jama'ie bersama JPN, SPI.


Ceramah sempena Nuzul al-Quran telah diadakan pada 12 Jun 2017, Isnin lalu. Ceramah telah disampaikan oleh Ust. Mohd Nawawi daripada SK Tambi Chik Karim.
-




Program Tadarus al-Quran dilaksanakan selepas waktu PdP berakhir sepanjang hari persekolahan dalam bulan Ramadhan. Pelajar dibahagikan kepada beberapa halaqah dan diketuai dengan Naqibah serta guru pemantau setiap halaqah.
-

عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ  رَدٌّ.

[رواه البخاري ومسلم وفي رواية لمسلم : مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ]


Terjemahan:
Dari Ummul Mu’minin; Ummu Abdillah; Aisyah radhiallahuanha berkata: Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (berasal) darinya, maka dia tertolak.

(Riwayat Bukhari dan Muslim), dalam riwayat Muslim disebutkan: Siapa yang melakukan suatu perbuatan (ibadah) yang bukan urusan (agama) kami, maka dia tertolak).


- -

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ   ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ  الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا. 

[رواه البخاري ومسلم]


Terjemahan:
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata: Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada kami dan baginda adalah orang yang benar dan dibenarkan:

Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya.

Demi Allah yang tidak ada Ilah selain-Nya, sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka.

Sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

- -

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ.

[رواه الترمذي ومسلم]

Terjemahan:
Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Alkhattab radiallahuanhuma berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Islam dibangun di atas lima perkara; Bersaksi bahawa tiada Ilah selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu Utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan.

(Riwayat at-Turmuzi dan Muslim)



- -
-

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ   وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ . 

[ رواه مسلم ]

Terjemahan:
Dari Umar radhiyallahu `anhu juga dia berkata: Ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam  suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang berbaju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalinya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi lalu menemukan kedua lututnya kepada lututnya (Rasulullah s.a.w) seraya berkata: "Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w: "Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan haji jika mampu". Kemudian dia berkata: "Anda benar". Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan.

Kemudian dia bertanya lagi: "Beritahukan aku tentang Iman". Lalu baginda bersabda: "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk".

Kemudian dia berkata: "Anda benar."  Kemudian dia berkata lagi: "Beritahukan aku tentang Ihsan".

Lalu baginda bersabda: "Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya maka Dia melihat engkau".

Kemudian dia berkata: "Beritahukan aku tentang Hari Kiamat (bila kejadiannya)".

Baginda bersabda: "Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya".

Dia berkata: "Beritahukan aku tentang tanda-tandanya."

Baginda bersabda: "Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin lagi penggembala domba, (kemudian)  berlumba-lumba meninggikan bangunannya."

Kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian baginda (Rasulullah s.a.w) bertanya: "Tahukah engkau siapa yang bertanya?" Aku berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui."

Baginda bersabda: "Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian".

(Riwayat Muslim)
- -
-

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَا بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة


Terjemahan:
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya setiap perbuatan itu berdasarkan niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Sahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).
- -



Ceramah sempena Maulidur Rasul telah dijalankan pada 5 Januari lalu. Ceramah telah direncanakan bermula jam 7.00 petang. Ceramah telah disampaikan oleh En. Khairul Afif, guru SABK SMA (JAIM) Darul Falah, Kuala Sungai Baru.

Selepas ceramah, semua hadirin bersama-sama berselawat kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W.
-