Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom

» » » Redha Ilmu PT3 2017

Baru-baru ini satu majlis Redha Ilmu bagi calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi sesi persekolahan 2017 telah dijalankan di Dewan Kuliah al-Karamah, MEKAR. Majlis telah dijalankan pada 4 Oktober (Rabu) lalu jam 2.15 petang.

Dalam majlis tersebut, adik Adeeba Raihana Azaruddin dari Tingkatan 3 Mumtazah mewakili calon-calon PT3 2017 dijemput memberikan ucapan. Manakala, En. Mohd Safuan Najib Othman pula telah mewakili guru yang mengajar Tingkatan 3.

Majlis diteruskan dengan kalam taujihat daripada Pengetua, Tn. Haji Johari Samad kepada semua calon PT3. Ini merupakan kalam taujihat terakhir daripada beliau ekoran hari persaraan beliau yang semakin hampir sebelum tiba hari peperiksaan.

Majlis diakhiri dengan sesi calon-calon memohon maaf dan memohon restu setiap guru mereka dan juga penyerahan bantuan alat tulis.



About Unknown

Maahad al-Ehya el-Karim ataupun Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim merupakan sebuah sekolah agama yang terletak di Tanjung Bidara, Melaka. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah bawah kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply