Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom

» » » » Hadis 40: [Matan] 01. Sesungguhnya Setiap Amalan Itu Dengan Niat


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَا بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة


Terjemahan:
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya setiap perbuatan itu berdasarkan niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Sahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

About Unknown

Maahad al-Ehya el-Karim ataupun Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim merupakan sebuah sekolah agama yang terletak di Tanjung Bidara, Melaka. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah bawah kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply