Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom


Bagi mengimarahkan bulan Ramadhan solat sunat Terawih dan Witir dijalankan di surau al-Karamah sepanjang Ramadhan. Imam serta bilal bagi solat sunat tersebut adalah terdiri di kalangan ustaz SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim sendiri.

Para imam dan bilal telah digilirkan dan dijadualkan untuk bertugas sebelah malam bagi mengetuai solat sunat tersebut sepanjang Ramadhan termasuk malam minggu jika murid asrama tidak bermalam di rumah.
-


Sepanjang bulan Ramadhan, selepas solat Zohor, murid-murid akan berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk aktiviti Tadarus al-Quran. Melalui aktiviti ini murid dapat mempelajari cara bacaan yang betul serta belajar menerima teguran rakan-rakan.

Seorang Naqibah dilantik bagi mengetuai kumpulan tersebut. Aktiviti Tadarus ini juga dipantau oleh guru-guru.



-
Majlis Pelancaran Ehya' Ramadhan 1436H telah dijalankan pada 16 Jun 2015 bersamaan 29 Syaaban 1436H.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Muhammad Sani Bin Bidin, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Pendidikan Islam, SPI, JPN Melaka, merangkap ayah angkat MEKAR.

Majlis tersebut turut dihadiri ibubapa murid tingkatan lima bagi memeriahkan lagi program.



-