Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom


Kiraan Fidyah = (Bilangan hari yang ditinggalkan) x (tahun gandaaan) x (1 cupak)
-
Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2016. Sumber.

Pada 9 Mac bersamaan 29 Jamadilawwal 1437H lalu seluruh Malaysia telah dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa. Fenomena ini terjadi apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam kedudukan selari.

Pada hari tersebut bentuk matahari kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya jika dilihat dari Malaysia. Ia mula terjadi sebaik sahaja matahari terbit pagi itu.

Gerhana berlaku bukanlah kerana kematian sesiapa, ia merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Sehubungan itu solat sunat kusuf telah pun dijalankan semasa gerhana sedang terjadi, diketuai oleh Us. Zaidi bin Hassan.





-







Ceramah sempena memperingati sambutan Maulidur Rasul 1437H telah dijalankan di bawah unit BADAR pada 20 Januari lalu di Surau al-Karamah bermula jam 2.15 petang.

Antara objekif program ini adalah bagi melahirkan rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W serta meningkatkan pengetahuan murid-murid mengenai sejarah kehidupan Nabi Muammad S.A.W.

Ceramah telah disampaikan oleh Ust. Mohd Zaidi bin Haron dari SK Sri Laksamana. Penceramah berjaya menarik perhatian peserta untuk sama-sama memberi respon semasa ceramah yang disampaikan.
-