Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom

Surau al-Karamah - Majlis Pelancaran Ehya' Ramadhan telah dijalankan di sini pada 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434H. Majlis tersebut telah mengambil tempat perhimpunan rasmi mingguan hari Isnin bagi memberi laluan kepada pelancaran tersebut.

Seawal jam 7.15 pagi pelajar dan warga pendidik MEKAR telah berkumpul di dalam Surau al-Karamah. Selepas bacaan doa, warga MEKAR mendengar ucapan perasmian daripada Pengetua, Tn. Hj. Johari Samad. Selepas itu majlis diteruskan dengan edaran Tabung Ehya' Ramadhan kepada semua yang berada di sini. Kemudian hadirin disajikan dengan alunan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh adik Qurratu' Ain Binti Mohd Kelana, Pelajar Tingkatan 5 Khadijah.

Selesai pelancaran, Ust Muhamad Firdaus Abd Hamid telah menyampaikan ceramah ringkas berkaitan kedatangan Ramadhan dan kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan tersebut. Selesai majlis pelancaran itu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.


-
ceramah, israk mikraj Surau al-Karamah - Sempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, satu ceramah berkaitan hari tersebut telah dijalankan di sini. Ceramah tersebut telah diadakan pada 12 Jun bersamaan 3 Sya'ban 1434H.

Semua murid dan warga pendidik mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Zaidi Hassan, dengan penuh minat. Dalam ceramah itu, beliau mengupas satu demi satu frasa yang terkandung dalam ayat 1 surah al-Israk yang bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin yang kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya, tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami..."

Objektif utama ceramah tersebut adalah supaya pelajar menghayati kepentingan kewajipan ibadah solat yang disampaikan kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W dalam satu malam yang sangat bersejarah bagi seluruh ummat Islam.
-
ceramah, kebakaran Dewan al-Karamah - Ceramah keselamatan kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dijalankan di sini pada 5 Mac. Ceramah tersebut telah dimulakan selepas sesi persekolahan pada hari tersebut. Selepas sesi ceramah tersebut pelajar bergerak ke padang sekolah untuk demonstrasi memadam kebakaran.

Dewan al-Karamah - Penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Alor Gajah telah dijalankan di sini pada 2 Mac lalu. Kejohanan ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Alor Gajah dan telah dikelolakan oleh MEKAR selaku tuan rumah kali ini.

Dalam majlis itu pingat telah disampaikan oleh pengetua MEKAR, Tn. Hj. Johari Samad kepada para pemenang. Adik Qurratu' Ain Binti Mohd Kelana telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pingat emas bagi kategori Perempuan Bawah 18 tahun.



SUMUR, motivasi Dewan al-Karamah - Satu sesi ceramah motivasi anjuran program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah dijalankan pada 25 Februari. Selain pelajar, warga pendidik MEKAR turut mengikuti ceramah yang dijalankan selepas sesi persekolahan itu. Antara aspek yang diketengahkan dalam ceramah motivasi tersebut adalah tentang akhlak remaja Islam.
-

perarakan, berarak, maulidur rasul Tanjung Bidara: Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim telah dijalankan pada 25 Januari lalu bersamaan 13 Rabiulawwal 1434H. Semua guru dan pelajar telah berarak dari kawasan sekolah dan sekitar Kampung Pasir Gembur seawal lapan pagi.

Perarakan tersebut telah diketuai oleh pengetua, Tn. Hj. Johari Samad. Di barisan hadapan adalah guru-guru dan diikuti semua pelajar. Setiap kelas membawa sepanduk yang telah mereka siapkan sendiri.

Perarakan ini adalah sebagai salah satu cara bagi menimbulkan semangat dan jati diri yang kental di kalangan pelajar selain memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ramai penduduk kampung keluar daripada rumah menyaksikan perarakan tersebut seolah-olah memberi sokongan moral secara tidak langsung. Begitu juga pemandu yang memperlahankan kenderaan masing-masing dan membunyikan hon memberi semangat.

Sepanjang perarakan dijalankan, setiap kontijen diberikan markah mengikut beberapa kriteria untuk dinilai sebagai pemenang kategori-kategori tertentu seperti keseragaman, sepanduk terbaik dan pakaian. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang di Kompleks al-Karamah pada minggu berikutnya.

perarakan, berarak, maulidur rasul

perarakan, berarak, maulidur rasul

perarakan, berarak, maulidur rasul

perarakan, berarak, maulidur rasul
-