Ads

Terkini

Powered by Blogger.

Aktiviti

Circle Gallery

Infografik

Jadual

Hadis

Bottom

21 Januari 2014 - Sebanyak 43 kontinjen dari seluruh negara telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah diadakan di Padang dan juga Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru hari ini.

Seramai 40 orang pelajar SMKA Sultan Muhammad telah mewakili kontinjen negeri Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Abdullah bin Mohd. Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam bagi mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Di majlis yang sama telah disampaikan beberapa anugerah iaitu penulisan dan juga surau Imarah sekolah menengah dan rendah peringkat kebangsaan. SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim, Tanjung Bidara telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori sekolah menengah manakala SMK Ade Putra mendapat saguhati dan SK Alai pula telah mendapat saguhati bagi kategori sekolah rendah.

Tahniah diucapkan!


SUMBER: SPI MELAKA

-