Surau al-Karamah - 23 Julai (bersamaan 14 Ramadhan 1434H), Program Ihya' Ramadhan Sekolah-sekolah Berasrama Negeri Melaka telah diadakan di sini. Program ini melibatkan semua pelajar asrama dan semua warga pendidik MEKAR.
Di peringkat MEKAR, program telah dimulakan dengan tahlil ringkas jam 6 petang. Setelah itu program diisi dengan slot tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ust. Helmi Akhtar Ab Malek daripada SMA Al-Asyraf Pulau Sebang.
Kira-kira jam 7 petang semua hadirin mula bergerak ke dewan ar-Rahmah untuk iftar jama'ie. Pada masa yang sama tetamu jemputan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah (PPDAG), Encik Zaili Yaacob dan Ust. Jamaluddin, tiba untuk iftar bersama-sama.
Selesai berbuka, hadirin berkumpul semula di Surau al-Karamah untuk menunaikan solat Maghrib, Isya' dan seterusnya solat terawih berjemaah. Hadirin menikmati moreh sebelum bersurai pulang.
Ehya' Ramadhan: Iftar dengan PPDAG

No comments