Satu majlis Iftar sempena Program Ihya’ Ramadhan Sekolah-sekolah Berasrama Negeri Melaka 2015 telah dijalankan pada 30 Jun 2015 bersamaan 13 Ramadhan 1436H lalu. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Melaka.
Selepas Iftar, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah seterusnya disambung dengan solat sunat Terawih dan
Witir. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Faizal bin Musa, Ketua Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, diiringi beberapa orang pegawai PPD. Turut memeriahkan majlis tersebut adalah kehadiran AJK PIBG yang terdiri di kalangan ibubapa.
Ehya' Ramadhan 1436H: Iftar Bersama JPN Melaka

No comments