
Seawal jam 7.15 pagi pelajar dan warga pendidik MEKAR telah berkumpul di dalam Surau al-Karamah. Selepas bacaan doa, warga MEKAR mendengar ucapan perasmian daripada Pengetua, Tn. Hj. Johari Samad. Selepas itu majlis diteruskan dengan edaran Tabung Ehya' Ramadhan kepada semua yang berada di sini. Kemudian hadirin disajikan dengan alunan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh adik Qurratu' Ain Binti Mohd Kelana, Pelajar Tingkatan 5 Khadijah.
Selesai pelancaran, Ust Muhamad Firdaus Abd Hamid telah menyampaikan ceramah ringkas berkaitan kedatangan Ramadhan dan kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan tersebut. Selesai majlis pelancaran itu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
aktiviti - BADAR

Semua murid dan warga pendidik mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Zaidi Hassan, dengan penuh minat. Dalam ceramah itu, beliau mengupas satu demi satu frasa yang terkandung dalam ayat 1 surah al-Israk yang bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin yang kami berkati di sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya, tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami..."
Objektif utama ceramah tersebut adalah supaya pelajar menghayati kepentingan kewajipan ibadah solat yang disampaikan kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W dalam satu malam yang sangat bersejarah bagi seluruh ummat Islam.
aktiviti - BADAR

aktiviti

Dalam majlis itu pingat telah disampaikan oleh pengetua MEKAR, Tn. Hj. Johari Samad kepada para pemenang. Adik Qurratu' Ain Binti Mohd Kelana telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pingat emas bagi kategori Perempuan Bawah 18 tahun.
aktiviti

aktiviti - SUMUR

Perarakan tersebut telah diketuai oleh pengetua, Tn. Hj. Johari Samad. Di barisan hadapan adalah guru-guru dan diikuti semua pelajar. Setiap kelas membawa sepanduk yang telah mereka siapkan sendiri.
Perarakan ini adalah sebagai salah satu cara bagi menimbulkan semangat dan jati diri yang kental di kalangan pelajar selain memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ramai penduduk kampung keluar daripada rumah menyaksikan perarakan tersebut seolah-olah memberi sokongan moral secara tidak langsung. Begitu juga pemandu yang memperlahankan kenderaan masing-masing dan membunyikan hon memberi semangat.
Sepanjang perarakan dijalankan, setiap kontijen diberikan markah mengikut beberapa kriteria untuk dinilai sebagai pemenang kategori-kategori tertentu seperti keseragaman, sepanduk terbaik dan pakaian. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang di Kompleks al-Karamah pada minggu berikutnya.
aktiviti - BADAR
Subscribe to:
Posts (Atom)