21
Januari 2014 - Sebanyak 43 kontinjen dari seluruh negara telah menyertai
perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Kementerian
Pendidikan Malaysia yang telah diadakan di Padang dan juga Dewan Sultan
Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru hari
ini.
Seramai
40 orang pelajar SMKA Sultan Muhammad telah mewakili kontinjen negeri
Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj.
Abdullah bin Mohd. Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam bagi mewakili
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Di
majlis yang sama telah disampaikan beberapa anugerah iaitu penulisan
dan juga surau Imarah sekolah menengah dan rendah peringkat kebangsaan.
SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim, Tanjung Bidara telah berjaya mendapat
tempat ketiga bagi kategori sekolah menengah manakala SMK Ade Putra
mendapat saguhati dan SK Alai pula telah mendapat saguhati bagi kategori
sekolah rendah.
Tahniah diucapkan!
[ Album Gambar ]
SUMBER: SPI MELAKA
aktiviti - pertandingan
Subscribe to:
Posts (Atom)